Carian
Tizen OS Akan Digunakan TV Bukan Keluaran Samsung Pada Penghujung Tahun Ini
October 11, 2022 Effi Saharudin

Tizen OS sudah lebih 10 tahun dilancarkan oleh Samsung sebagai sistem operasi yang pada awalnya untuk telefon pintar tetapi kini lebih popular digunakan pada TV pintar Samsung. Menurut Strategy Analytics, Tizen OS ialah sistem operasi TV dengan pegangan pasaran terbesar sekitar 21%. Peratusan ini akan terus meningkat selepas Samsung mengumumkan Tizen OS akan akhirnya digunakan oleh beberapa pengeluar lain.

Menerusi persetujuan pelesenan, Tizen OS akan digunakan pada TV pintar berjenama Akai, Bauhn, Linsar, RCA, Vispera, Sunny dan Axen bermula Q4 2022. TV pintar ini akan ditawarkan di pasaran Australia, Itali, New Zealand, Sepanyol, Türkiye dan United Kingdom. Tambah Samsung lagi televisyen pintar Tizen OS kini digunakan lebih 200 juta peranti di 197 negara seluruh dunia.

Komen