Unsplash diambil alih oleh Getty dua tahun lalu. Kini platform perkongsian gambar stok percuma ini melancarkan pula Unsplash+ yang menawarkan kandungan yang lebih premium berbanding versi percuma dan laman turut boleh dilayari tanpa sebarang iklan.

Unsplash+ turut menggalakkan golongan jurugambar untuk melanggan kerana ia memberikan akses kepada tugasan premium yang diminta oleh pelanggan. Jurugambar boleh melihat gambar stok apakah yang sedang dicari membolehkan mereka menjual karya ke laman pada kadar antara $5-$30 untuk setiap gambar.