Google Pixel Watch Akan Menerima Kemaskini Sehingga Tiga Tahun

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lepas, Google Pixel Watch telah pun dilancarkan secara rasmi sebagai jam tangan pintar pertama Google yang tersendiri. Jam tangan ini menjalankan Wear OS 3 dan mempunyai integrasi Fitbit. Ia dijana dengan cip Exynos 9110 yang sudah berusia empat tahun tetapi dipadankan dengan 2GB RAM, dan bateri 294 mAh yang boleh bertahan sehingga 24 jam dengan sekali caj.

Laman sokongan pelanggan Google kini telah dikemaskini dengan maklumat mengenai sokongan perisian bagi Pixel Watch. Jam ini akan menerima sokongan perisian sehingga tiga tahun, iaitu sehingga Oktober 2025. Kemaskini ini adalah untuk versi Wear OS dan juga penambahan ciri baharu jika ditawarkan.

Google Pixel Watch dijual pada harga bermula $349.99 (~RM1622) untuk versi WiFi dan $399.99 (~RM1854) untuk versi LTE dalam tiga kemasan utama tubuh warna Black/Obsidian, Silver/Chalk, dan Gold/Hazel. Tiada khabar jika ia akan dijual di Malaysia buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami