Marikh dilihat sebagai planet yang paling hampir yang akan menjadi habitat baru manusia di masa akan datang. Terdapat sumber air dan mineral yang menjadikannya planet yang boleh menampung populasi manusia. Beberapa negara dan syarikat swasta sedang berlumba-lumba untuk menghantar manusia pertama ke planet merah.
Seawal bulan November ini, NASA akan melancarkan misi Low-Earth Orbit Flight Test of an Inflatable Decelerator (LOFTID) yang akan menguji perisai haba yang akan digunakan untuk menghantar kapal angkasa ke permukaan bulan. Biasanya perisai haba menggunakan binaan keras dengan permukaan seramik tetapi perisai haba ini akan hanya dibuka seperti belon apabila tiba di destinasi.
Dengan rekaan seperti payung, kelajuan objek yang ingin mendarat pada permukaan bulan akan diperlahankan menggunakan rintangan udara Marikh. Dalam ujian LOFTID kelak, perisai akan dibuka dan kemudian mendarat pada permukaan laut berhampiran Hawaii.
NASA telah menguji pelbagai sistem pendaratan sejak menyertai perlumbaan ke angkasa pada tahun 1958. Tahun lalu sistem kren angkasa lepas digunakan untuk mendaratkan kenderaan perayau Perseverance ke permukaan Marikh dan pada tahun 1997 misi Pathfinder mendarat menggunakan sistem beg udara.