Tecno telah mengemaskini barisan peranti pintar di Malaysia dengan satu lagi penawaran baharu. Melaluinya, Tecno Pop 5 LTE diumumkan sebagai peranti berspesifikasi asas yang dijana oleh cip Unisoc SC9863A. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM369 dan ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai atas talian atau pengedar sah Tecno di seluruh Malaysia.

Tecno Pop 5 LTE dilengkapi skrin sebesar 6.52-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc SC9863A, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5000mAh. Turut disertakan adalah kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP.