Bermula 2023 Avatar Pengguna Horizon Worlds Akan Memaparkan Kaki

Diterbitkan pada Okt 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kekurangan paling ketara platform metamesta Horizon Worlds selama ini ialah avatar pengguna hanya memaparkan separuh tubuh. Ia menjadi meme kerana bukan sahaja aneh tetapi sedikit sebanyak menyebabkan pengalaman maya tidak terasa imersif. Di acara Meta Connect 2022, Mark Zuckerberg mengumumkan kelak avatar pengguna akan akhirnya memaparkan keseluruhan badan.

Menurut beliau lagi, kecerdasan buatan digunakan bagi mengagak kedudukan kaki dan bagaimana ia kelihatan dalam ruangan VR. Selama ini kecerdasan buatan yang digunakan tidak mampu memaparkan kedudukan kaki dan tangan pengguna dengan tepat sehingga ia kelihatan aneh. Hanya sekarang Meta merasakan teknologi cukup matang untuk avatar akhirnya bertubuh lengkap.

Sungguhpun avatar bertubuh lengkap telah diperlihatkan, Meta berkata ia akan hanya diberikan kepada pengguna platform bermula tahun hadapan di peranti mudah alih, set kepala dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami