Carian
Redmi Note 12 Dilaporkan Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 1080
October 12, 2022 Amy Maizuraa

Cip MediaTek Dimensity 1080 baru sahaja dilancarkan dengan teknologi 6nm dan sokongan kamera 200MP. Ia juga adalah pembaharuan daripada MediaTek untuk cip Dimensity 920 sebelum ini. Cip juga akan mula dimulakan pada peranti pintar bermula suku keempat tahun ini.

Gambar Sekadar Hiasan : Redmi Note 11 Pro

Bercakap dengan lebih lanjut, Xiaomi dikhabarkan bakal hadir dengan peranti yang dijana oleh cip berkenaan untuk siri Redmi Note mereka. Boleh jadi, ia digunakan pada siri Redmi Note 12 dan maklumat ini diperolehi daripada perkongsian terkini Digital Chat Station di Weibo. Hal ini juga berbeza dengan spekulasi sebelum ini yang mengatakan peranti berkenaan mungkin dijana dengan cip Dimensity 8000.

Gambar Sekadar Hiasan : Redmi Note 11 Pro

Dalam perkembangan berbeza, peranti juga dijangka mempunyai sensor utama 50MP yang dinaik-taraf. Namun masih tidak jelas, model manakah yang dibekalkan konfigurasi kamera tersebut kerana siri ini dijangka tiba dengan sekurang-kurangnya tiga model berbeza. Ini termasuklah Redmi Note 12 Pro dan Note 12 Pro+.

Harus ditegaskan maklumat yang dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura, justeru dirasakan lebih baik menunggu kemaskini lebih lanjut daripada pihak Redmi sendiri.

Komen