Cari @ Amanz

Huawei MateBook D15 2021 telah diperkenalkan sebagai sebuah komputer riba yang ringan dan nipis. Bagi yang berminat, Huawei Malaysia telah mengemaskini harga jualan untuk model berkenaan dengan CPU Intel Core i5-1135G7 ke RM2,999 untuk sebuah.

Ini menunjukkan ia boleh dibeli dengan diskaun RM400 berbanding harga RM3399 sebelum ini. Ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Huawei MateBook D15 dilengkapi skrin 15.6-inci IPS Huawei FullView Display beresolusi FHD 1920 x 1080 piksel dan nisbah aspek 16:9. Ia kemudiannya dipadanakan dengan CPU Intel Core i5-1135G7, GPU Intel Iris Xe Graphics, memori 16GB RAM dan storan dalaman terbina 512 GB PCIe SSD.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri sebesar 42Whr, sistem pengecasan 65W dan kamera web 1MP. Pilihan I/O yang disediakan pula merangkumi USB-C x 1, USB 3.2 Gen 1 (USB-A) x 1, USB 2.0 (USB-A) x 2, bicu audio 3.5mm dan HDMI x 1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd