Cari @ Amanz

Pico 4 telah pun dilancarkan di Malaysia, menjadi antara terawal set kepala realiti maya tiba di pasaran tempatan secara rasmi. Pico 4 hadir dengan rekaan yang kompak, seimbang, lensa 4K+ 90Hz, dijana cip Snapdragon XR2 dan dijual pada harga bermula RM1,699.

Pico turut memberitahu yang mereka akan hadir dengan sokongan Avatar tidak lama lagi. Ini adalah sama dengan apa yang Meta lakukan dengan Oculus Quest, di mana setiap pengguna akan mempunyai watak 3D tersendiri sebagai wakil dalam dunia realiti maya.

Ini adalah langkah awal Pico untuk menyertai arena Metamesta, kerana mereka menyatakan avatar ini boleh digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna lain tidak kira di mana mereka berada. Bukan itu sahaja, Pico 4 turut akan menyokong Mixed Reality, AR (realiti terimbuh) untuk menjadikan penggunaan set kepala mereka lebih imersif dan tahan lama untuk kegunaan masa hadapan.

Dalam perbualan kami bersama wakil Pico Malaysia, Pico 4 akan menyokong sekitar 1-2 tahun kemaskini perisian, kemudian mereka akan bekerjasama dengan YouTube, Disney+, Netflix, Just Dance untuk menyokong lebih banyak kandungan pada set kepala realiti maya ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd