Cari @ Amanz

Xpeng bukan jenama yang terkemuka di Malaysia tetapi mereka mempunyai pegangan yang agak besar dalam pasaran kereta elektrik di China. Kenderaan elektrik mereka dijual pada harga lebih mampu milik berbanding pengeluar dari negara Barat. Terkini Xpeng telah berjaya melakukan ujian penerbangan awam global pertama mereka di Dubai.

Kereta terbang elektrik XPeng X2 ialah kereta terbang pertama mereka yang dibangunkan menerusi anak syarikat mereka AeroHT. X2 boleh membawa dua orang penumpang dengan ia beroperasi secara swaterbang sepanjang masa. Dengan sekali caj ia boleh melakukan penerbangan selama 25 minit dengan kelajuan mencecah 135 km/j.

Pihak Xpeng menyasarkan kereta terbang ini akan beroperasi seawal 2024 dengan harga jualan bermula $126,000 (~RM410,000). Ia akan menjadi batu loncatan kepada kereta Xpeng yang boleh bergerak di jalan raya dan terbang apabila diperlukan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd