iQOO Neo7 Akan Dilancarkan Pada 20 Oktober – Mungkin Dilengkapi Cip Dimensity 9000+

Diterbitkan pada Okt 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IQOO seringkali hadir dengan barisan peranti berspesifikasi tinggi dan memfokuskan permua pada harga kompetitif. Ia nampaknya bakal menerima pembaharuan baharu menerusi pengenalan iQOO Neo7 yang bakal diumumkan di China pada 20 Oktober 2022.

Dari segi rekaan, peranti menampilkan sistem tri-kamera di belakang dan salah satu daripadanya sensor berbentuk empat segi yang memberi gambaran ia mungkin mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Dalam masa sama, iQOO turut menyertakan OIS pada kamera peranti ekoran terdapatnya penjenamaan OIS yang kelihatan bersebelahan dengan LED Flash.

Kemasan berasaskan kulit turut digunakan pada panel belakang peranti dengan warna serba jingga. Selain daripada itu, kita juga boleh menjangkakan akan adanya beberapa lagi pilihan warna lain yang ditawarkan kelak. Boleh jadi, ianya terdiri dengan dengan kemasan serba hitam dan biru.

Maklumat mengenai perkakasan dalaman peranti agak terhad buat masa ini, di mana ia disahka hadir dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Namun mengikut jangkaan awal, cip Dimensity 9000+ juga besar kemungkinan digunakan sebagai tunjang utama peranti.

komen


© Amanz / 2022 Kami