Cip Google Tensor G2 Sebenarnya Menggunakan Teknologi 5nm

Diterbitkan pada Okt 12, 2022. oleh .

Acara Made by Google telah pun dianjurkan pada minggu lepas, di mana Google telah melancarkan Pixel 7, Pixel 7 Pro, Pixel Watch, memperlihatkan Pixel Tablet dan juga memperkenalkan cip baharu Tensor G2. Cip baharu ini dikatakan lebih efisien kerana menggunakan binaan 4nm berbanding G1 dengan 5nm.

Dukacita dimaklumkan, wakil Google mengesahkan kepada Android Authority yang Google Tensor G2 masih lagi menggunakan binaan 5nm dan bukannya 4nm. Menjadikan perubahan cip ini hanyalah pada GPU yang mana bertukar ke ARM Mali G710 MP07 berbanding Mali G78 MP20 sebelum ini.

Tensor G2 dilengkapi dua teras CPU Cortex-X1 2.85GHz, dua teras CPU Cortex-A76 2.35Ghz dan empat teras CPU Cortex-A55 1.8GHz. Ini adalah teras yang sama digunakan pada Tensor G1. Google Tensor G2 turut mempunyai TPU bagi membolehkan ciri kecerdasan buatan diproses pada kadar lebih pantas seperti Photo Unblur, Cinematic Blur, Super Res Zoom, Magic Eraser atau terjemasan masa masa nyata.

komen


© Amanz / 2023 Kami