Versi Baharu Wear OS Akan Tiba Setiap Tahun, Jam-Jam Lama Akan Menerima Kemaskini Hujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak tahun lepas, masa hadapan bagi jam tangan pintar untuk peranti Android mula dilihat mempunyai harapan yang cerah. Dengan Google memperkenalkan Wear OS, ia memulakan era baharu jam tangan pintar sebenar yang akhirnya boleh bersaing dengan Apple Watch dengan watchOS.

Namun, Wear OS 3 masih terhad kepada beberapa jam seperti Samsung Galaxy Watch4 dan Watch5, Mont Blanc Summit 3, dan Pixel Watch. Jam-jam lama seperti Fossil, TicWatch dari Mobvoi yang dijanjikan akan menerima Wear OS 3 sehingga hari ini masih belum menerima kemaskini.

Selepas pelancaran Pixel Watch, Google dilihat semakin bersedia. Jam ini akan menerima kemaskini sehingga tiga tahun dan Wired ada bertanyakan kepada Björn Kilburn iaitu pengarah pengurusan produk Wear OS Рsistem operasi Wear OS akan menerima versi baharu setiap tahun.

Jika sekarang Wear OS 3, tahun hadapan Wear OS 4 pula. Tetapi boleh jadi nombor versi yang sama, misalnya Galaxy Watch5 dengan Wear OS 3.5 pada tahun ini dan bukannya Wear OS 3.0. Kemudian, jam-jam lama dengan cip pemprosesan Snapdragon Wear 4100 dan 4100+ disahkan akan masih menerima kemaskini sistem operasi generasi baharu ini pada hujung tahun akan datang.

Selepas dikemaskini, semua jam perlu format semula dan pengguna perlu memuat turun aplikasi baharu daripada pengeluar jam kerana Wear OS 3 tidak lagi menyokong aplikasi Wear OS. Aplikasi Wear OS akan digunakan oleh jam-jam di China sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami