Cari @ Amanz

Intel sedang mengalami masalah kerana pengurangan permintaan terhadap PC serta persaingan yang meningkat daripada AMD. Oleh itu menurut Bloomberg, Intel akan melakukan pengurangan ribuan tenaga kerja pada bulan ini.

Pengurangan tenaga kerja sehingga 20% akan dilakukan di bahagian jualan dan pemasaran Intel. Intel tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan ini tetapi ia dipercayai mampu mengurangkan kos operasi sehingga 15%.

Selain permintaan terhadap PC yang berkurangan pasca pandemik, Intel turut kehilangan pelanggan seperti Apple yang kini menggunakan cip keluaran sendiri sejak dua tahun kebelakangan ini. Mereka hanya dijangka dalam menawarkan cip dengan prestasi setanding Apple Silicon dalam masa beberapa tahun sahaja lagi sedangkan ia seharusnya ditawarkan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd