Cari @ Amanz

Bose Smart Soundbar 600 telah dilancarkan minggu ini membawakan sokongan Dolby Atmos dan Bose TrueSpace. Speaker untuk sistem hiburan turut menyokong tambatan kepada peranti lain menggunakan WiFi, Bluetooth, AirPlay 2 dan juga Chromecast. Turut disertakan ialah sambungan menggunakan eARC yang memberikannya kelebihan berbanding speaker pintar Sonos Ray yang sekadar menyokong WiFi.

Terdapat lima pemandu audio – dua menembak ke hadapan, satu tweeter untuk lontaran audio dialog dan dua lagi menembak ke atas untuk bunyi yang menyeluruh. Saiznya agak kompak iaitu 2.2″ x 27.3″ x 4.1″ dan seberat 3 kilogram. Bagi pengguna pembantu maya sistem Amazon Alexa dan Google Assistant juga boleh digunakan menerusi mikrofon di bahagian atas.

Jika pengguna memiliki speaker Bose yang lain di rumah, Smart Soundbar 600 boleh dipadankan dengan speaker sedia ada bagi memberikan pengalaman audio secara serentak. Bose Smart Soundbar 600 dijual pada harga $499 (~RM2340) dalam warna hitam sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd