Cari @ Amanz

Perang tarif Amerika Syarikat, pandemik dan isu rantaian bekalan memaksa pengeluar untuk memikirkan semula strategi mengilangkan produk mereka di China. Walaupun menerima jolokan kilang dunia, kedudukan China tergugat kerana situasi politik yang semakin runcing. Ming-Chi Kuo, penganalisa terkemuka kini meramalkan Apple akan mengilangkan sehingga antara 25-30% produk mereka akan dikilangkan ke luar China dalam masa 3-5 tahun dari sekarang.

Pengeluaran MacBook akan dimulakan di China sementara pengeluaran iPhone di India akan dipertingkatkan lagi menerusi kerjasama Tata Group dengan Pegatron atau Winstron. Sebanyak 80% pengeluaran iPhone di India adalah untuk pasaran tempatan. Tetapi ini boleh dipertingkatkan lagi dengan keperluan pasaran Amerika Syarikat misalnya boleh dipenuhi oleh kilang di luar China. Di masa hadapan produk untuk pasaran China akan hanya dikilangkan di China dan sebaliknya pula untuk pasaran global.

Hubungan China dan Amerika Syarikat menjadi semakin tegang tahun ini selepas speaker badan perwakilan A.S, Nancy Pelosi melakukan lawatan ke Taiwan. Penerbangan Pelosi dari Kuala Lumpur ke Taiwan menjadi penerbangan yang paling banyak dijejak dalam sejarah 24 radar. Presiden Biden juga berjanji akan memberikan bantuan kepada Taiwan sekiranya mereka diserang China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd