Touch n Go dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah menjadualkan penyelenggaraan naik-taraf sistem e-Dompet pada 15 Oktober 2022. Ini sekaligus membuatkan ia tidak dapat diakses untuk sementara waktu di antara jam 2 – 6 pagi.
Sepanjang tempoh ini, segala perkhidmatan dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet akan tergendala, ini termasuklah fungsi tambah nilai, bayaran dan merchant dashboard (untuk rakan niaga). Namun begitu, pengguna masih boleh membuat bayaran tol/parkir secara PayDirect dan RFID seperti biasa dengan syarat baki mestilah mencukupi.
Pihak Touch n Go memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menyarankan orang ramai untuk membuat tambah nilai dengan lebih awal sebelum penyelenggaraan berjadual ini.
- Sumber – Touch ‘n Go eWallet