Surface Pro 9 Kini Rasmi – Hadir Dengan Pilihan Cip Intel Atau Cip SQ3 5G

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini telah memperkenalkan komputer dua-dalam-satu terbaru mereka, iaitu Surface Pro 9.

Surface Pro 9 meneruskan tradisi rekaan peranti berbentuk tablet yang turut boleh berubah menjadi komputer riba dengan menyambungkan papan kekunci padanya. Ia turut hadir dengan kaki yang boleh dilaraskan sesuai dengan penggunaan anda.

Menariknya kali ini, Surface Pro 9 menawarkan pilihan penggunaan cip Intel Core Gen-12, atau turut boleh dipilih dengan pilihan cip Snapdragon yang menawarkan sokongan sambungan 5G.

Microsoft mengatakan kedua-dua pilihan cip menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.

Penggunaan cip Intel menawarkan sokongan prestasi berkuasa, termasuk untuk multi-tugasan dan juga sokongan Thunderbolt 4 untuk pemindahan data dengan pantas, disamping turut menyokong eGPU.

Sementara penggunaan cip Micrsofot SQ 3 dengan 5G menawarkan bateri sehingga 19 jam, serta menyertakan keupayaan NPU bersama dengannya.

Buat masa ini, harga jualan kedua-duanya di Malaysia tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami