Carian
Surface Laptop 5 Hadir Dengan Cip Intel Dan Tambahan Sokongan Thunderbolt 4
October 13, 2022 Aman

Microsoft hari ini turut mengemaskini komputer riba dibawah keluarga Surface mereka dengan pengenalan Surface Laptop 5.

Komputer riba ini kini hadir dengan hanya pilihan cip Intel Gen-12 sahaja, disamping turut menyertakan sokongan Thunderbolt 4 bersama dengannya.

Komputer riba ini hadir dengan skrin bersaiz 13.5-inci atau 15-inci, dan kedua-duanya hadir dengan  pilihan memori sehingga 32GB LPDDR5x serta storan sehingga 1TB.

Tiada perbezaan besar lain yang disertakan pada kemaskini penawaran Surface Laptop tahun ini.

Buat masa ini, harga jualan untuk komputer riba Surface Laptop 5 ini masih tidak diketahui lagi.

Komen