Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengumumkan, mereka akan menawarkan aplikasi Apple Music dan juga Apple TV untuk para pengguna Windows pada tahun hadapan.

Melaluinya, pengguna boleh menikmati kandungan lagu dan juga video daripada langganan Apple TV+ terus melalui komputer Windows.

Microsoft dijangka menawarkan ujian awal untuk aplikasi ini melalui Microsoft Store pada tahun ini, sebelum dilancarkan secara rasminya pada 2023 kelak.

Dengan langkah ini, pengguna yang menggunakan peranti mudah-alih Apple, boleh terus menikmati akses kandungan multimedia mereka melalui komputer Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd