Cari @ Amanz

Microsoft hari ini memperkenalkan penawaran penyelesaian grafik mereka tersendiri, yang turut dilengkapi kecerdasan buatan Dall.E, dinamakan sebagai Microsoft Designer.

Microsoft Designer dilihat menawarkan beberapa ciri seperti Canva, membolehkan anda membuat penyuntingan pantas terus melalui Microsoft Designer, dan seterusnya berkongsi karya yang dihasilkan ke medium sosial atau penerbitan lain.

Menariknya juga, disamping sejumlah tema yang disediakan, Microsoft Designer turut mengintegrasikan ciri kecerdasan buatan – membolehkan teks diubah kepada gambar, dan digunakan dalam karya kita.

Microsoft Designer akan ditawarkan secara percuma dan sebagai sebahagian daripada penawaran Microsoft Office.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat untuk mencuba Microsoft Designer, sebaik sahaja ia tersedia untuk dimuat-turun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd