Carian
Microsoft Places Ingin Menyelesaikan Cabaran Tempat Kerja Hibrid Di Pejabat Dan Rumah
October 13, 2022 Effi Saharudin

Norma baharu selepas pandemik ialah majikan membenarkan kakitangan untuk bekerja dari rumah beberapa hari seminggu. Oleh sebab itu proses untuk melakukan pertemuan serta menganjurkan mesyuarat mungkin terganggu. Semalam aplikasi Microsoft Places diperlihatkan dengan ia cuba menyelesaikan isu tempat kerja yang hibrid moden.

Dengan Places, kakitangan bole melihat siapa yang akan ke pejabat sepanjang minggu. Peratusan kapasiti tenaga kerja akan diperlihatkan dalam aplikasi. Dengan jadual kerja dapat dilihat untuk sepanjang minggu, pengurusan tempat kerja dan mesyuarat akan dapat dipermudahkan.

Pihak pengurusan bangunan juga boleh menjadualkan pelbagai kerja selenggara dengan lebih mudah dengan mencari hari di mana jumlah pekerja dapat ke pejabat adalah rendah disamping membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga dalam jangka masa panjang. Microsoft merancang menawarkan Places dalam langganan Office 365 bermula 2023.

Komen