Cari @ Amanz

Lenovo IdeaPad Gaming Chromebook telah dilancarkan sebagai sebuah komputer riba yang memfokuskan terhadap permainan mudah alih. Beberapa elemen menarik telah disertakan padanya, ini termasuklah skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan papan kekunci RGB.

Untuk spesifikasi khusus, skrin IPS sebesar 16-inci beresolusi WQXGA (2560 x 1600) digunakan. Ia turut sama menyokong beberapa ciri tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz, nisbah aspek 16:10, kecerahan puncak 350nits dan melepasi persijilan TÜV Rheinland.

Sebanyak dua pilihan CPU ditawarkan yang merangkumi Intel Core i5-1235U/Intel Core i3-1215U dengan padanan memori 8GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 71Whr yang diiklankan mampu beroperasi sehingga 11 jam penggunaan.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web FHD, menjalankan ChromeOS, sokongan Bluetooth 5, Wi-Fi 6E dan pembesar suara yang menyokong Wves Audio. Pilihan I/O pula terdiri dengan bicu audio 3.5mm, 2 X USB 3.2 Type-A, 2 X USB 3.2 Type-C, bicu audio 3.5mm, 1 X DisplayPort dan Power Delivery Port. Untuk harga, Lenovo IdeaPad Gaming Chromebook dijual bermula US$599 (~RM2808) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd