Microsoft Audio Dock turut dilancarkan semalam bersama dengan Surface Pro 5, Surface Laptop 5 dan Surface Studio 2+. Berdasarkan namanya ramai pasti boleh mengagak ia adalah dermaga untuk pelbagai aksesori dengan sebuah speaker terbina.
Audio Dock dilengkapi dua speaker dalam bentuk woofer dan tweeter. Pilihan I/O pula ialah 2x USB-C 3.2 Gen 2, 1x USB-PD, 1x HDMI 2.0, dan 1x USB-A 3.1 Gen 2. Menerusi sambungan USB-C, komputer riba yang disambungkan boleh dicas dengan output kuasa sehingga 60W.
Terdapat dua mikrofon membolehkan Audio Dock digunakan untuk sesi telesidang. Sebuah butang khas pula boleh ditekan untuk melancarkan Teams, Zoom dan Google Meet. Dengan dermaga, proses pengurusan kabel di meja kerja boleh dilakukan.