Canva Kini Mempunyai 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Canva mengumumkan mereka kini mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan sembilan tahun sejak dilancarkan. Menurut Canva mereka mempunyai pengguna dari 190 negara setakat ini. dan sebanyak 200 rekaan baharu dihasilkan menggunakan platform ini setiap saat.

Pencapaian ini adalah menakjubkan kerana Canva mengambil masa tiga tahun untuk mencapai 1 juta pengguna aktif bulanan. Jumlah pengguna dijangka terus meningkat selepas Canva Visual Worksuite yang menambah pelbagai ciri yang dilihat boleh menjadikannya pencabar kepada Microsoft Office dan Google Workspace.

komen


© Amanz / 2022 Kami