Carian
Google TV Siri Eye Care Skyworth SUE7600 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1899
October 13, 2022 Amy Maizuraa

Skyworth merupakan salah satu pengeluar yang sering hadir dengan penawaran televisyen pintar pada harga yang kompetitif. Dalam usaha memperluaskan lagi portfolionya di Malaysia, sejumlah variasi produk baharu telah diperkenalkan di bawah siri Skyworth SUE7600 yang merupakan Google TV siri Eye Care. Ia merupakan barisan televisyen pintar yang menyokong panel LED 4K UHD dan sistem operasi Google TV.

Televisyen ini boleh didapati dalam lima saiz berbeza yang merangkumi 43-inci, 50-inci, 55-inci, 65-inci, 70-inci dan 75-inci. Kesemuanya berkongsi perkakasan dalam sama yang dimuatkan dalam tubuh dengan rekaan premium dan bezel yang nipis. Beberapa ciri tambahan turut disertakan seperti sokongan HDR10+, HLG, ciri Anti Flicker dan pencahayan pencahayaan biru yang rendah untuk penjagaan mata.

Seterusnya, cip pemproses empat-teras Cortex A53 yang dipadankan dengan GPU Mali G52, memori 2GB RAM dan 16GB storan dalaman secara terbina turut digunakan. Seperti yang dinyatakan tadi, ia menjalankan sistem operasi Google TV, di samping sokongan untuk Google Assistant yang juga disertakan.

Pembesar suara yang disertakan turut menyokong Dolby Audio dan DTS. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.1, 5G + 2.4G Wifi (2T2R) dan pilihan input 2 X USB/3 X HDMI. Harga jualan untuk televisyen pintar ini adalah seperti di bawah:

  • Skyworth SUE7600 43″ – RM1899
  • Skyworth SUE7600 50″ – RM2499
  • Skyworth SUE7600 55″ – RM2899
  • Skyworth SUE7600 65″ – RM4299
  • Skyworth SUE7600 70″ – RM4,499
  • Skyworth SUE7600 75″ – RM5,199

Dalam perkembangan yang sama, terdapat dua lagi variasi tambahan dengan panel sejenis QLED turut ditawarkan. Ia tersedia dalam tiga pilihan saiz seperti 50-inci, 55-inci dan 65-inci, perkakasan dalaman adalah seumpama yang terdapat pada siri Skyworth SUE7600. Harga jualan untuk rangkaian televisyen ini adalah seperti berikut:

  • Skyworth SUE8000 50″ – RM2,949
  • Skyworth SUE8000 55″ – RM3,399
  • Skyworth SUE8000 65″ – RM5,399
Komen