Setel Memperluaskan Sokongan Bayaran Parkir Jalanan – Kini Menyokong Klang Dan Petaling Jaya

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setel sebelum ini telah menawarkan sokongan untuk membayar parkir tepi jalan terus melalui aplikasi mudah-alih Setel. Pada awalnya, ia ditawarkan di Subang Jaya, Kuala Langat dan Teluk Intan.

Melalui kemaskini baharu, Setel menambah dua lagi lokasi, iaitu Klang dan Petaling Jaya. Dengan langkah ini, kini pengguna boleh membayar terus untuk parkir tepi jalan yang diuruskan oleh majlis pembandaran kedua-dua lokasi tersebut.

Untuk pembayaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), ia dikenakan caj sebanyak 60 sen untuk 60 minit, dengan kadar maksimum RM5 untuk setiap 11 jam. Waktu dikenakan caj parking adalah Isnin ke Jumaat, antara pukul 8 pagi ke 6.30 petang.

Sementara untuk Majlis Pembandaran Klang pula, ia dikenakan caj sebanyak 50 sen untuk 60 minit, dengan caj maksimum RM3.90 untuk setiap 9 jam. Waktu operasi pula adalah dari Isnin ke Jumaat.

komen


© Amanz / 2022 Kami