Selamat Tinggal Microsoft Office – Dijenamakan Semula Kepada Microsoft 365

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini menyatakan koleksi perisian produktiviti mereka akan dijenamakan semula daripada Office kepada Microsoft 365.

Dengan langkah ini, dalam bulan-bulan akan datang, Office.com, aplikasi mudah-alih Office dan juga aplikasi Office untuk Windows akan berubah menjadi Microsoft 365.

Ini sekaligus akan memperlihatkan perubahan pada antaramuka, ikon dan penambahan sejumlah ciri baharu.

Microsoft menyatakan perubahan ini akan bermula daripada November 2022 kelak. Mesej besar juga kini dipaparkan apabila pengguna ke halaman Office.com.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna, selain daripada penjenamaan ini, anda masih boleh mengakses akaun, langganan, fail dan sebagainya seperti biasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami