Sony Akan Mula Jual Kereta Elektrik Pertama Seawal 2026
Aman
Sony dan Honda sedia membentuk sebuah syarikat kerjasama, dinamakan Sony Honda Mobility – dimana kedua-duanya akan berkongsi kepakaran, dan membangunkan kereta elektrik bersama.
Kini, berkongsi lanjut, Sony dan Honda mengumumkan mereka akan mula menjual kereta elektrik yang dibangunkan bersama tersebut di Amerika Syarikat seawal 2026 kelak. Kereta elektrik ini akan dijual secara atas-talian.

Kereta elektrik ini kelak dijangka membawakan harga premium. Pada masa yang sama, ia juga akan menyertakan sistem perisian yang dibangunkan oleh Sony yang akan ditawarkan dalam bentuk langganan untuk perkhidmatan seperti hiburan dan lain-lain perkhidmatan.
Buat masa ini, info penuh berkenaan dengan kenderaan tersebut masih tidak diketahui.
Selain di Amerika Syarikat, Sony dan Honda turut menyasarkan jualan kereta elektrik ini di Jepun pada tahun sama, selain mungkin akan turut menawarkannya di Eropah. Pra-tempahan untuk kenderaan tersebut dijangka dibuka seawal 2025.