Langganan Netflix Dengan Sokongan Iklan Akan Ditawarkan Di 12 Negara Bermula November

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix mengumumkan pelan langganan dengan sokongan iklan mereka akan mula ditawarkan di 12 negara bermula 3 November depan. Ia akan ditawarkan di Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Sepanyol, dan UK.

Harga langganan ialah serendah 18.89 Reis (~RM17) di Brazil dan meningkat ke $6.99 (~RM32) di Amerika Syarikat. Menerusi pelan ini iklan sepanjang 15-30 saat akan ditayangkan di hadapan dan ditengah-tengah kandungan yang ditonton. Secara purata iklan sepanjang 5 minit akan dipaparkan untuk setiap 1 jam kandungan yang ditonton.

Kualiti video dihadkan ke 720P sahaja dengan ciri muat turun tidak diberikan. Seperti ura-ura sebelum ini, tidak semua kandungan Netflix boleh diakses pelanggan pelan ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami