The Playlist Kini Boleh Ditonton Di Netflix – Kisah Disebalik Permulaan Spotify

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. oleh .

Bagi anda yang meminati kisah disebalik permulaan sesuatu syarikat, kini Netflix telah menerbitkan sebuah siri fiksyen terbaru mereka, dinamakan The Playlist.

The Playlist mengisahkan berkenaan kisah permulaan perkhidmatan penstriman muzik popular, Spotify. Ia menyentuh bagaimana perkhidmatan tersebut dimulakan.

Kisah yang dibahagikan dalam enam episod ini diinsipirasikan buku Spotify Untold. Ia turut menyertakan beberapa penambahan fiksyen dalam menjadikan kisah lebih menarik.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton kisah ini di Netflix bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami