Kamera Sony ZV-1F Dengan Sensor 1″ Dilancarkan Pada Harga RM2599

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony melancarkan sebuah lagi kamera kompak yang disasarkan untuk golongan penghasil kandungan video. Kamera Sony ZV-1F dilengkapi sensor 20.1MP sebesar 1″ Exmor RS. Ini dipadankan dengan lensa 20mm f/2.0 yang tidak boleh ditukar.

Kamera boleh melakukan rakaman video pada resolusi 4K 30FPS dalam format 8-bit 4:2:0. Terdapat tiga mikrofon untuk memastikan rakaman audio yang baik dan juga bicu audio 3.5mm untuk mikrofon tambahan yang lebih baik. Terdapat juga mikro HDMI untuk output ke monitor dan juga port USB-C yang digunakan untuk pengecasan serta pemindahan data.

Skrin di bahagian belakang boleh diputarkan ke depan untuk memudahkan rakaman swavideo. Menerusi perisian, Sony ZV-1F boleh digunakan sebagai kamera web. Sony Sony ZV-1F akan dijual pada penghujung Oktober pada harga RM2599 sebuah dalam warna hitam dan putih.

komen


© Amanz / 2022 Kami