Carian
Honor X40 GT Kini Rasmi Dengan Snapdragon 888 Dan Skrin 144Hz
October 14, 2022 Effi Saharudin

Honor X40 GT dilancarkan secara rasmi semalam dengan ia merupakan sebuah peranti untuk permua. Ia dilengkapi skrin 6.81″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan 256GB dan bateri sebesar 4800 mAh yang menyokong pengecasan 66W.

Kamera di bahagian belakang menggabungkan lensa 50MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP pengesan kedalaman dengan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sistem operasi yang digunakan ialah Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12. Kerana ia sebuah peranti gaming, X40 GT dilengkapi sistem penyejukan grafit lapan lapisan.

Terdapat pengimbas cap jari pada butang kuasa di sisi kanan. Tiga pilihan rekaan belakang ditawarkan dengan Racing Black ialah model dengan panel yang kelihatan seperti gentian karbon. Honor X40 GT dijual pada harga RMB 2099 (~RM1374) untuk 8/256GB dan RMB 2399 (~RM1570) untuk versi 12/1256GB.

Komen