Siri Samsung Galaxy S22 Akan Menerima One UI 5 Berasaskan Android 13 Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung mengesahkan Samsung Galaxy S22 Ultra, Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 akan menerima kemas kini One UI 5 berasaskan Android 13 bermula bulan ini. Siri Galaxy S22 adalah keluarga peranti pertama yang menerima sistem operasi terkini ini.

Pemberian kemas kini ke versi paling terkini adalah lebih awal berbanding One UI 4 yang diberikan pada bulan Disember tahun lalu. Dengan One UI 5, penambahbaikan dengan sokongan Material You yang lebih mendalam, gestur lebih menyeluruh, tema baharu dan variasi widget.

komen


© Amanz / 2022 Kami