YES Membuka Kedai Untuk Memperlihatkan Kemampuan 5G

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YES merupakan antara syarikat telekomunikasi terawal yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia. Dalam usaha untuk mempromosikan rangkaian ini dengan lebih menyeluruh kepada orang ramai, kini YES telah membuka kedai flagship pertamanya yang bertempat di sebuah pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kedai Flagship YES di Lot 10, Bukit Bintang
Robot Berteknologi 5G

Melaluinya, orang ramai dikatakan berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan rangkaian Internet 5G dengan masa tindak balas yang pantas. Sekaligus membolehkan pelbagai perkara diakses dengan mudah, ini termasuklah memuat-turun dan menstim maklumat. Turut disediakan adalah variasi produk dengan teknologi 5G untuk pengalaman lebih praktikal, misalnya seperti robot berteknologi 5G dan pengalaman VR dengan HTC Viveflow VR Glasses.

Pengalaman VR Dengan HTC Viveflow VR Glasses
Orang Ramai Boleh Menikmati Kopi & Hidangan Pastri

Menariknya lagi, kedai ini tidak sekadar menjual pelan atau produk daripada YES. Malahan, terdapat juga kafe dan restoran yang dilengkapi rangkaian 5G. Ini bagi membolehkan orang ramai untuk singgah menjamu selera sambil menikmati pengalaman sambungan 5G bersama rakan-rakan dan keluarga. YES turut menyatakan kedai ini akan diperluaska ke lebih banyak negeri di masa-masa mendatang.

komen


© Amanz / 2022 Kami