Meta Quest Pro Boleh Menjejak Mata Pengguna Untuk Memaparkan Iklan

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta Quest Pro adalah set kepala realiti maya mercu baharu yang dijana Qualcomm Snapdragon XR2+, mempunyai memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB yang menjanjikan prestasi 50% lebih hebat berbanding Meta Quest 2. Terdapat 10 sensor disertakan dengan kemampuan menjejak mata dan wajah pemakai.

Set kepala realiti maya ini turut menyokong realiti terimbuh yang lebih realisitik. Sensor tambahan tadi turut boleh memaparkan memek muka yang tepat dengan ekspresi wajah pemakai melalui Avatar dalam Horizon Worlds.

Terkini, Meta telah mengemaskini laman polisi privasi mereka dengan subseksyen khusus untuk penjejakan mata – Eye Tracking Privacy Notice. Meta Quest Pro boleh menjejak mata pengguna mengikut pergerakan mata pengguna berdasarkan apa yang dilihat pada paparan set kepala realiti maya ini. Menurut Meta, data penjejakan mata ini akan digunakan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik – di mana biasanya adalah untuk memastikan iklan yang dipaparkan sesuai dengan minat pengguna.

Menurut Financial Times dalam temuramah bersama Nick Clegg salah seorang eksekutif Meta, penjejakan mata ini turut boleh digunakan untuk menentukan sama ada pengguna akan melihat iklan atau pun tidak. Jika dulu Meta menggunakan data pengguna melalui aplikasi Facebook, kini mereka boleh gunakan data penjejakan mata – akan datang apa pula yang akan dijejak?

Meta turut sedang membangunkan ciri di mana kelak dengan Meta Quest, ia boleh menjejak pergerakan keseluruhan tubuh pemakai. Apakah maksudnya ini untuk masa hadapan metamesta?

komen


© Amanz / 2022 Kami