Cari @ Amanz

OnePlus dijangka hadir dengan penawaran baharu sekitar bulan hadapan. Ia berikutan timbulnya desas-desus terkini mengenai kewujudan OnePlus N300 menerusi perkongsian The Verge. Ia merupakan pembaharuan untuk N200 sebelum ini yang merupakan sebuah peranti 5G dengan Snapdragon 480.

Maklumat mengenai peranti yang dikongsi masih agak terhad terutamanya untuk harga jualan. Ia bagaimanapun didakwa mempunyai bateri dengan sistem pengecasan berwayar 33W. Dalam masa sama, skrin dengan kadar segar semula 90Hz turut digunakan bagi memastikan pengalaman tatalan yang lancar. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia daripada panel AMOLED atau LCD.

Tidak ketinggalan, cip pemprosesan MediaTek juga mungkin digunakan untuk tunjang utama peranti. Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang diketahui setakat ini. Butiran lanjut mungkin didedahkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd