Cari @ Amanz

Twitter baru-baru ini meneruskan lagi usaha mereka untuk menjadikan platform media sosial mereka lebih menarik untuk digunakan. Jane Manchun Wong yang kerap menguji ciri dan fungsi baharu Twitter baru-baru ini menemui ciri baharu yang sedang diuji agar pengguna lebih tenang menggunakan Twitter.

Ciri ini adalah pengguna boleh mengawal siapa yang boleh Mention pengguna lain di Twitter. Dalam tetapan akan datang, akan terdapat bahagian baharu digelar Mention, di bawahnya akan ada beberapa pilihan seperti membenarkan sesiapa sahaja mention kecuali yang dihalang, hanya pengguna yang mengikuti anda sahaja boleh, atau sesiapa sahaja.

Ciri ini dilihat masih diuji lagi kerana dalam semakan kami pada web dan aplikasi tiada tetapan khusus untuk ciri Mention ini. Ini amat membantu kerana akan datang, tiada lagi notifikasi yang menjengkelkan jika ada akaun spam atau bot Mention anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd