Apple sekali lagi telah didenda di Brazil kerana gagal memberikan pengecas dengan setiap pembelian iPhone. Ini merupakan kali kedua Apple didenda. Pada bulan lalu mereka didenda 12.275 Reis (~RM11 juta) kerana sebab yang sama dengan jualan iPhone 12 juga telah diharamkan.

Denda kali ini mencecah 100 juta Reis (~RM89 juta) selepas Apple diheret ke mahkamah oleh Pertubuhan Pengguna Brazil. Apple diarahkan supaya memberikan pengecas kepada semua pelanggan yang membeli iPhone 12 dan iPhone 13 di Brazil sejak dua tahun yang lalu. Mereka turut perlu menawarkan pengecas dengan setiap pembelian untuk produk lain di masa hadapan.
Apple berhenti menawarkan pengecas dan fon telinga dengan setiap pembelian iPhone sejak dua tahun lalu atas sebab ingin mengurangkan sampah elektronik yang diperbuat daripada plastik. Walaupun pada awalnya menjadi bahan ketawa, tindakan Apple ini kemudiannya dilakukan juga oleh pengeluar lain seperti Samsung.