U Mobile kini mula memaklumkan pengguna yang mana harga U Mobile GX38 akan kembali kepada harga tetapan asal, iaitu RM38 bermula 21 Oktober 2022.
Untuk makluman, sehingga kini, pelan GX38 telah ditawarkan pada harga langganan RM35. Promosi ini akan ditamatkan pada 20 Oktober 2022, dan bermula 21 Oktober, ia akan dijual pada harga langganan RM38.
Bersama-sama dengannya juga, kelajuannya dilihat akan ditingkatkan kepada 12Mbps – berbanding 6Mbps pada hari ini.
Pelan GX38 daripada U Mobile ini ditawarkan dengan pelan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan juga 6GB hotspot.