Carian
Saintis Kini Mengesan Lebih 30,000 Asteroid Berhampiran-Bumi
October 14, 2022 Effi Saharudin

Asteroid Chicxulub yang selebar 9.6 kilometer dipercayai menghentam bumi 66 juta tahun yang lalu menyebabkan 75% kehidupan di bumi musnah yang menjurus kepada kepupusan dinosaur. Sejak itu dalam pelbagai karya fiksyen, spesis manusia dipercayai juga akan pupus sekiranya asteroid sebesar Chicxulub menghentam bumi sekali lagi.

Bumi Asteroid

Oleh itu saintis dari NASA dan ESA menjejak asteroid di angkasa lepas dengan yang terletak dalam lingkungan 45 juta kilometer dikategorikan sebagai asteroid berhampiran-bumi. Kini mereka melaporkan 30,039 asteroid berhampiran-bumi sudah berjaya dijejak setakat ini. Dari jumlah ini, 1425 mempunyai kebarangkalian akan menghentam bumi dalam jangka masa 100 tahun.

Ahli astronomi telah mengesan asteroid sejak yang pertama, Ceres ditemukan pada tahun 1801. Kemudiannya asteroid berhampiran-bumi pertama pula ditemukan pada tahun 1898. Sebarang asteroid dengan lebar melebihi 140 meter mempunyai potensi memusnahkan sebuah bandar kecil.

Oleh sebab terdapat kebarangkalian kecil asteroid akan menghentam bumi di masa hadapan, NASA telahpun melakukan DART baru-baru ini yang berjaya memesongkan haluan asteroid yang dihentam sebagai sistem pertahanan bumi.

Komen