Project Starline diumumkan tahun lalu dengan premis membolehkan panggilan telesidang yang realistik dilakukan ketika penduduk bumi perlu tinggal di rumah dan dihalang dari melakukan pertemuan secara bersua muka kerana pandemik. Menerusi teknologi skrin pintar dan kamera 3D, panggilan video realistik dapat dilakukan dengan teknologi 3D.
Google kini mengumumkan ujian Project Starline akan dikembangkan ke 100 lagi rakan niaga mereka selepas sebelum ini hanya diuji di pejabat milik mereka di Amerika Syarikat. Ujian dilakukan dalam sektor media, perubatan dan perniagaan untuk melihat sama ada teknologi ini boleh digunapakai di dunia sebenar.
Antara syarikat yang akan menguji Project Starline ialah Salesforce, WeWork, T-Mobile dan Hackensack Meridian Health. Walaupun dunia sudah kembali dibuka, pandemik membuktikan kadang kala pertemuan secara telesidang adalah lebih menyenangkan pelbagai pihak kerana menjimatkan masa dan kos. Maka teknologi panggilan video 3D mungkin mempunyai keperluan dalam masa jangka pendek.