Suunto 9 Peak Pro Dengan Bateri Sehingga 21 Hari Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suunto 9 Peak Pro telah diperkenalkan secara rasmi sekaligus menjadi pembaharuan untuk rangkaian peranti boleh-pakai daripada Suunto. Beberapa penambahbaikan telah dibuat, ini termasuklah jangka hayat bateri lebih panjang dan antaramuka baharu yang lebih mudah digunakan.

Untuk lebih khusus, Suunto 9 Peak Pro menampilkan muka jam berbentuk bulat dengan kerangka yang diperbuat daripada Titanium Grade 5/Stainless steel. Skrin adalah sebesar 1.2-inci beresolusi 240 x 240 piksel dengan padanan lapisan kaca Sapphire crystal untuk pelindungan tambahan. Turut disertakan adalah beberapa pilihan tali, yang mana salah satunya menggunakan bahan berasakan silikon.

Maklumat mengenai cip pemprosesan tidak didedahkan tetapi ia dikatakan lebih berkuasa di samping mampu menawarkan jangka hayat bateri lebih baik. Melaluinya, Suunto 9 Peak Pro diiklankan mampu beroperasi sehingga 21 dengan penggunaan yang kerap sebelum perlu dicas semula. Dengan kebolehan pengecasan pantas yang disertakan, jam tangan ini boleh dicas mencapai tahap 100% dalam hanya 1 jam.

Melengkapunya juga adalah sejumlah sensor kesihatan dan kecergasan terbina untuk pemantauan oksigen dalam darah, kadar jantung, pengesanan aktiviti 24/7, pola waktu tidur dan status tekanan serta pemulihan. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan sehingga 97 mod sukan untuk dipilih dan salah satunya adalah mod snorkeling khusus untuk menyelam.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan untuk beidou, Galileo, Glonass dan sistem satelit GPS yang boleh disambungkan ke 32 satelit secara serentak. Tidak ketinggalan, ia juga kalis air sehingga 100-meter dan harga jualan adalah bermula 499€ (~RM2,288) bergantung kepada jenis model.

komen


© Amanz / 2022 Kami