Bulan lepas, Redmi A1 telah dilancarkan sebagai peranti kelas asas baharu mereka. Peranti ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.52-inci HD+, 1600 x 720 piksel, dijana cip MediaTek A22 yang dipadankan dengan memori 2GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 32GB eMMC 5.1. Storan turut boleh dikembangkan dengan kad mikroSD sehingga 512GB.
Peranti ini menggunakan konfigurasi dwi-kamera 8MP f/2.0 yang dipadankan dengan sokongan lensa auksiliari tambahan serta kamera swafoto 5MP f/2.2. Kamera turut menyokong mod potret, rakaman gerak perlahan dan beberapa yang lain. Bateri peranti adalah 5000mAh dengan pengecasan 10W. Menariknya, peranti ini masih menyediakan port bicu audio 3.5mm untuk mengaktifkan penggunaan radio FM.
Redmi A1 hadir dengan rekaan skrin rata serta panel belakang melengkung dan menawarkan pilihan warna hitam, hijau cair atau biru cair. Peranti ini kini rasmi di pasaran Malaysia dengan harga RM359. Mereka yang mencari peranti sandaran, untuk diberi ke orang tua atau kanak-kanak ini mungkin pilihan yang baik untuk bajet bawah RM400.