Sudah lama tiada peranti Android baharu yang menerima markah fotografi tertinggi DXOMark. Kali terakhir adalah Huawei P50 Pro dan Honor Magic4 Ultimate. Peranti terkini yang menerima skor tertinggi adalah Apple iPhone 14 Pro dengan markah kamera utama 146 dan markah kamera swafoto 145, itu pun masih ditempat kedua dengan Honor Magic4 Ultimate masih menjuarai.

Terkini, Honor Magic4 Ultimate dan iPhone 14 Pro telah berjaya ditewaskan oleh Google Pixel 7 Pro yang menerima markah 147. Tetapi markah kamera swafoto adalah 142, lebih rendah berbanding iPhone 14 Pro. Carta terkini adalah Pixel 7 Pro ditempat pertama, Honor Magic4 Ultimate kedua, iPhone 14 Pro ketiga, Huawei P50 Pro keempat dan kelima masih lagi dipegang oleh iPhone 13 Pro. Google Pixel 6 Pro iaitu peranti mercu Google pada tahun lepas kini berada di kedudukan kedua belas.

Menurut DXOMark, Pixel 7 Pro mempunyai fokus yang baik, pasca proses yang pantas serta prestasi yang baik untuk semua ciri dan fungsi seperti warna kulit, kontras yang semula jadi, antara zum yang terbaik, penstabilan yang hebat, kesan kabur yang menakjubkan dan turut mempunyai rakaman video HDR10 dengan jika suasana mempunyai kecerahan yang baik.
Warna dan kecerahan juga bagus tidak kira apa jua keadaan cahaya. Kelemahan Pixel 7 Pro adalah pada rakaman video pada cahaya rendah, masalah fokus jika ambil gambar atau video pada jarak dekat.