Selepas Legion Phone, Telefon Lenovo ThinkPhone Pula Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Okt 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo akhirnya melancarkan peranti untuk permua Lenovo Legion sejak dua tahun yang lalu. Kini mereka nampaknya bersedia untuk melancarkan pula sebuah Lenovo ThinkPhone yang berdasarkan nama adalah sebuah telefon pintar untuk golongan profesional seperti komputer riba ThinkPad dan ThinkBook mereka.

Imej pengolokan sebuah Lenovo ThinkPhone telah tertiris ke arena web. Mengekalkan tema ThinkPad, telefon pintar ini ditawarkan dalam warna hitam. Terdapat ura-ura peranti akan dilengkapi skrin 165Hz FHD+ display, cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera utama 50+50+12 MP dan kamera swafoto 60MP. Bilakah peranti akan dilancarkan masih lagi misteri pada waktu ini tetapi dengan imej tertiris ia pastinya dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami