NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB Dibatalkan Kerana Nama Yang Mengelirukan

Diterbitkan pada Okt 15, 2022. oleh .

NVIDIA hari ini mengumumkan pembatalan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB kerana penggunaan nama yang mengelirukan. Pada September lalu, ia dilancarkan serentak dengan GeForce RTX 4080 16GB.

Bagi mengelakkan insiden pengguna tersalah membeli kad grafik dengan konfigurasi memori yang lebih rendah, NVIDIA mengambil langkah drastik “menyahlancar” RTX 4080 12GB. Pelancaran RTX 4080 16GB walau bagaimanapun akan diteruskan pada tarikh asal 16 November ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami