Cari @ Amanz

Ia kini dianggarkan sekitar 5.3 bilion telefon mudah-alih akan dibuang pada tahun 2022 ini, sekaligus terus menambah kepada sampah elektronik di Bumi. Perkara ini dikongsikan oleh WEEE (International Waste Electrical & Electronic Equipment Forum).

Pada hari ini, ramai yang menyimpan telefon lama, berbanding kitar semula ia. Perkara ini sekaligus membawa kepada pelbagai komponen tidak dikitar semula, dan perlu dicari baharu.

Sekitar 16 bilion telefon mudah-alih dianggar terdapat di dunia pada hari ini. Selain telefon mudah-alih, ia turut anggar yang mana peralatan elektronik seperti mesin basuh, komputer, peranti GPS, dan sebagainya akan meningkat kepada pembuangan sekitar 74 juta tan setiap tahun menjelang 2030 kelak.

Untuk makluman, hanya sekitar 17% sampah elektronik ini dikitar-semula pada hari ini.

Di Malaysia sendiri, beberapa pihak mempromosikan kitar semula peralatan elektronik, termasuk pihak SKMM sendiri.

  • Sumber
  • Sumber : BBC
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd