Cari @ Amanz

Program pengumpulan mata ganjaran Microsoft Rewards kini boleh diakses oleh pengguna di Malaysia. Microsoft melakukan pengumumannya hari ini. Selain di Malaysia, Microsoft Rewards juga kini ditawarkan ke lebih 230 negara seluruh dunia.

Menerusi Microsoft Rewards, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran apabila menggunakan produk Microsoft seperti Edge dan carian Bing. Mata kemudiannya boleh ditebus untuk mendapatkan barangan digital untuk permainan Roblox atau menderma ke UNICEF.

Di Malaysia jumlah barangan yang boleh ditebus masih amat terhad dengan terdapat enam sahaja. Diharap Microsoft boleh menambahkan lagi barangan yang boleh ditebus supaya menjadikan pengumpulan mata lebih berbaloi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd