Carian
Pelan Asas Netflix Di Malaysia Akan Menyokong Paparan Resolusi 720p Bermula November
October 16, 2022 Aman

Netflix telah pun mengumumkan pengenalan pelan dengan sokongan iklan akan ditawarkan dibeberapa buah negara bermula November kelak. Disamping itu, Netflix juga akan membawakan perubahan kecil pada penawaran pelan sedia ada.

Bagi mereka yang menggunakan pelan Netflix Basic pada harga langganan RM35 sebulan, bermula November, ia akan menyokong paparan resolusi 720p – naik-taraf berbanding hanya 480p pada hari ini.

Dengan langkah ini, pengguna akan dapat menikmati kandungan pada resolusi lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Selain daripada perubahan pada resolusi, pelbagai penawaran lain adalah kekal sama, termasuk harga langganannya.

Komen